My Biz Online.. Local n World

Saya cuba untuk membuat beberapa bisnis secara online. Local n Global. Memang susah, siapa bilang senang. Namun semua ini saya harus pelajari sedikit demi sedikit. Bukan satu tapi banyak! Terima kasih kerna datang dan baca blog saya. Saya cuba ringkaskan sahaja. Panjang tidak best kalu ndada isinya. More blogs about iki70.

Wednesday, February 15, 2006

Mach90

Salam n Welcome. Terima kasih kerna sampai di sini. Huh.. layar punya belajar akhirnya terjumpa mach90. Lupa macam mana mach90 punya iklan ni sampai dengan saya dulu pada penghujung Ogos 2005. Setelah mengklik untuk mengaktifkan auto emel mengenai info lanjutan mach90 ni, emel berterusan tanpa henti setiap hari datang ke inbox saya. Saya tidak unsubcribe kerna ingin mengetahui bisnis mach90 ni walaupun mengambil masa panjang hingga 14 Januari 2006.. baru join.. problem pertama ialah BI. Ya BI memang masalah. Bukan tak tahu langsung.. cuma bila sampai ke level tinggi sikit.. mulalah melihat kamus. Menterjemah BI ke BM ni kena hati2 juga pasal.. bukan semua terjemahan BI ke BM ni main hentam translate bulat2 je..

Ok.. mach90 sejak 16 Januari 2006. Pembayaran untuk menjadi ahli ada beberapa opsyen. Opsyen yang paling laju ialah dengan menggunakan KAD KREDIT. Dan nilai kad kredit saya bulan lalu tinggal suku dari suku. Ntah macam mana pagi2 buta iaitu pukul 2.30am 14 Januari 2006, akhirnya saya membuat keputusan untuk menyertai mach90 nih. Nak tahu lebih. Dan setelah akaun saya diaktifkan pada 16 Januari 2006.. barulah saya dapat menjelajahi isi kandungan mach90 dan juvio.com. Sekilas jelajah.. memang tidak dinafikan, kaedah powerline (sistem cucuk satey), memang unik dan lain daripada sistem binari atau mlm hybrid dan sebagainya. Rupa-rupanya.. mach90 ini adalah pembantu kepada juvio.com. Juvio.com adalah master plannya. Produk2 dalam juvio memang banyak. Dan tidak perlu bimbang tentang penjualannya kerna sistem pembayaran dan pengurusan seterusnya diurus 95% oleh juvio.com. Yang tinggal promosi daripada kita sahaja. Mach90 bertindak sebagai enjin promosi bisnis juvio.com. Kita cuma bertindak sebagai penggerak. Sekiranya kita hendak menjalankan promosi (no spam), bahan dan contoh untuk diduplikasikan sudah sedia ada. Cuma tinggal guna dan modify sikit2. Jika kita malas cari prospek. Kita boleh membeli kempen emel bermula dengan 50USD untuk 125,000 kempen emel seluruh dunia. Purata prospek yang mungkin berada di bawah powerline kita dengan belian kempen emel 50USD tidak tentu. Bergantung.. adalah mungkin dalam 40-120 prospek.

Pada pendpaat saya secara keseluruhan.. sebelum bertindak menyertau mach90 nih.. apa yang perlu anda lakukan ialah menilai kemampuan dan backup bajet (jika guna kad kredit), kerna sistem pembayaran automatik sebanyak 56.95USD setiap bulan perlu diambil kira. Kegagalan pembayaran / pemotongan kad kredit anda akan menyebabkan akaun anda jadi on hold (tergantung sekijap sehingga maintain pembayaran disambung semula). So.. berpikir bagaimana susunan bajet anda sebelum join mach90. Terus terang saya katakan.. mach90 memang bagus cuma.. masalah datang daripada diri sendiri. Strategi dan sebagainya sudah ada.. cuma tinggal diri sendiri. Masalah lain.. pengguna di negara ini masih skeptik mengenai pembayaran melalui kad kredit online, dan mereka tidak boleh dipersalahkan. Keyakinan terhadap sekuriti penggunaan kad kredit secara online perlu diketahui dan diyakini serta disebarkan agar komuniti akan lebih yakin menggunakannya bagi tujuan kemudahan mereka sendiri.

Saya akui, mach90 ini memang baik, cuma saya sahaja yang mungkin terkebelakang disebabkan perkara atau problem2 peribadi yang saya hadapi sendiri. Jika anda ingin mengambil keputusan untuk menyertai mach90, anda terlebih dahulu perlu mengetahui kaedah dan perjalanan mach90 ini di samping membuat persiapan sendiri (backup). Persediaan menghadapi beberapa problem setelah menyertai mach90 ini perlu disenaraikan supaya anda boleh membuat jalan alternatif bagaimana menghadapinya kelak. Satu lagi, membuat bisnis global seperti mach90 ini memerlukan rakan niaga yang mempunyai objektif yang sama selain membuat bisnis lain secara online.

Antara contoh senarai produk daripada juvio.com;



... dan produk-produk yang terdapat dalam juvio.com memang berkualiti. Mach90 lah yang bertindak membuat promosi.

More blogs about iki70.

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home